Followers

Tuesday, 22 July 2008

~ Cik Amy owhhh Cik Amy - Part 2 ~

Sambungan...


I berjalan ke tempat meletak kereta. Dengan cuaca yang panas terik, mengharapkan agar bila dah sampai ke kereta nak pasang aircornd sampai ke-3@4. Masuk jer kereta, start engine. TAK HIDUP!! Cuba lagi, tak hidup juga. Tiada percubaan kali ke-3. I terus mendapatkan hp, dan call Heri. Bersyukur sangat kerana Heri masih berada di kawasan Jusco.

Harus la Heri pun tak tahu mana I parking kereta kan. I punya la explained I parking kat kawasan mana, jajaran berapa dari tepi. Siap melompat-lompat sambil melambaikan tangan mengharapkan adikku itu nampak. Tak nampak juga. Lompat lagik, dan akhirnya dengan lompatan hasil suka melompat semasa jadik Centre untuk pasukan bola jaring sekolah membuahkan hasil.

Heri checked mana yang patut. Lepas itu, jawapan nya adalah = I tak tutup lampu kereta semasa I parking kereta kat Mines. SENGGAL gila. Sedangkan, kalo lampu tak tutup akan ada satu bunyi 'beep' tanpa henti. I dengar bunyi 'beep' tu, I checked pintu kot-kot ada yang tak rapat tapi I tak perasan yang lampu sebenarnya faktor kepada bunyi 'beep' tersebut. Senggal bukan?

Heri pula seperti biasa, cool. I pulak, cuak tak tahu cemana nak buat. Dengan sangat selamba, Heri suruh I kuar dari petak parking. Dia nak cuba jumper kereta. I dengan tak tahu apa, I masuk dalam kereta dan Heri dengan penuh kekuatan yang ada menolak Titot. Untung kalau ada adik berbadan sasa dan lebih untung kalau dapat suami yang berbadan sasa. *off topic*. Hikhikhik...

Yang tak leh blah tuh, ada pulak yang nak menonton adegan sebabak nie. Jalan wat bodo dah la. Ni siap tenggok dalam kereta I okeyh. Apa kes??? Pak cik guard Jusco pun ada turut serta melihat adegan sebabak ini. Dia asyik gelakkan I jer la kan since I nie cam kartun jer kot. Kenapa orang suka gelakkan I? Kelakar ker kelakuan I nie? Dyna sila jawab....

Memang bersyukur sangat kerana kejadian ini berlaku di kala I keluar dengan Heri. Kalau sorang-sorang ntah la cemana. Menangis sahaja yang mampu ku buat sementara tunggu Heri sampai ke tempat tersebut. Dan bersyukur sangat kerana Heri mempunyai jumper. Kalau tak dek jamper pun susah juga, kan? Proses jumper men'jumper hanya berlaku tidak sampai seminit. Kereta I terus hidup. Kata kereta baru. Bateri masih berada dalam kondisi yang baik. Tapi, tak best la sebab dah ada kes enjin tak leh start kan?


Proses jumper men'jumper di antara kereta kancil Heri dan Titot. Nampak tak? Ada penonton okeyh untuk memberi dorongan dan kata-kata semangat. Tapi lepas dah abis jumper-jumper tuh, kitorg dua gelak bagai sebabkan kesenggalan I.

Apa yang berlaku pada petang Ahad tu memberi pengajaran kepada I. I syukur kerana tiada sebarang major kerosakan. Dan yang pastinya, I akan make sure lampu akan ditutup selepas menggunakan nya especially di basement parking. Kadang-kadang I tak nampak kalo nak letak 'R' dan 'D'. I ada masalah skit bila parking. Kata baru dapat P kan? Harus la faham situasi beta nie. Dan sesiapa yang rapat ngan I tahu cemana kalo I nak parking. Pendek salah satu faktor tak nampak bila nak masuk parking. :(


p/s : Tahniah untuk Heri kerana berjaya dlm temuduga pagi tadi. Dan welcome to the club. Adik-beradik mempunyai profession yang sama. Hehehehe..... Sesama sesi interview, berpuluh kali duk call I semata-mata nak tanya I cemana nak buat itu, ini, itu, ini. Adeh... Dia patut belanja I makan kalau camni. Tak per, tunggu duit komisyen jual kereta, i nak pau secukup-cukupnya. ;)


17 comments:

Amer Aan said...

yes...
berjaya gak mnjdi owg pertama...
komen....
ermmm akak...
knp x tutup lmpu kete....
kan da kene jumper ngan kete org
nasib baek la org tu akak knl....
ehh....
bru pasan la...
plet kete akak titot?....
ni kete buatan bulan ke kak....
kehkehkehkeh....
pe2 pn berhati2 d jln raya&jgn lpe tutup lmpu kete ble nk kuar ye...
kak....
hmmmm
nice car ....

Princess Redbloodsnow said...

ehehhe..cian tittot...
meragam lak die ek..tuh mesti kes tittot saje jek nk "bmanjes" ngan amy ler tuh...hakkss!!!

heri lulus interview tuh yek...congrats heri :)

Mira said...

lor...

kn dh ada warning... np x alert??
amy nih memang laaa...

kalo mc jd bf amy mmg kena leter tuh.. hahahaha

tahniah utk heri... nk jugak mkn free... hiks

Hana-Ni-Mo-Nai2 said...

wahhhh..penonton itu mempunya pewot yg seksi
ahahahahahhaha

~ mizzAmy ~ said...

~ to AMER AAN :
tue la, akak nie memang clumsy skit. senggal pun ya jugak.

Titot is the name of my car. comel tak?? hahahaha... *gediks giler*.



to PRINCESS REDBLOODSNOW :
nak bermanja? bukan bermanja tuh zie. dia merajuk la tuh, sebabnya nak bazirkan bateri kereta.

ha'ah, he got the job. :)



to HANA-NI-MO-NAI :
watashi nie, ada pulak dia nampak perut penonton. hahahaha.... kelakar la plak.



to MIRA aka MC :
tue la, dah bunyi 'beep' tuh. amy tak terpikir langsung hal lampu. selalunya ingat jer, akan make sure tang lampu dulu. tapi, hari tuh mmg betul2 tak teringat kat lampu.

hahahahaha, i'll make sure yg amy dpt lelaki yg pendiam. supaya biar amy sorang jer yg suka membebel. :P

nak jugak ker? kakak dia sorang nie pun belum tentu dia nak belanja. hehehehe... ~

bendul said...

beser la tu amy.. kalo bawak keter tak jadi menda2 macam tu tak sah.. tu belum lagi paip enjin tercabut tgh jalan, bumper tertanggal, lagi pening..

MiSsZuE said...

nape titot tue..x services ke..hehe

congrats adik amy yg past interview..:P

fairuzniza said...

nak knai inche heri tu..buleh?
hihi~

yOnnA said...

ahahaa..
bese la tuh kak..
mmg majority pompuan ni..
tau bawak kete.
tp skali rosal mmg cepat menggelabah.
tgk org laki.
rilek je..
rase geram lak tgk diorg haha..
len kali,
alert eh kak :))
tutup semua lampu keta tu hee

btw,
congrats to ur lil bro ok :)
makin sasa la lepas keja ni haha

iEn said...

heri ni sapo? adik ang ke?

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

dahsyat giler, siap ader penonton tuh...

ak_0143 said...

huhuhu
tak penah lak kene gitu
beta tatau jumper2 ni..
kene blaja ni..
kang tak pasal2 beta jadi katun yang digelakkan pak cik guard!
ops!

Princess Liyana said...

Alahai..nasib baik dah ok:)

Eer..pau sis,jgan tak pau..hik2

xmindfreakx said...

kalau xder jumper,cabut bateri kereta,pakai bateri kereta lagi satu,start...kereta kalau dah start,cabut bateri pun ok...

*SiRibenMerah said...

owhhh..
neh la kesah tuh..
saje je kan nk jd citer..
kalo myvi mmg ade warning ape2 yg kita x alert.. pasneh make sure check abes-abesan sblum kuar kete yek.. hikhikhik.. seb baik ada penyelamat.. wahaha.. kalo I jd u, kne tgl sorg2 mau meraung gak tuh.. ahaks =P

Take care yek.. nnt pau dia ajak I skali.. muahaha.. tetiba aje nk nyibuk =P

dYnA said...

aMy...i rAsA 2 aRi jEr i x sEmpAt oL...hIhi..
i xsUre LaA dEar..mAybE oRg x cAyA yOu dRivEr koT. cuTe sGt!

zool said...

MizzAmy --> Saya pinjam gambar kereta sedang di jumperkan dalam blog saya ye...

Google Analytics Alternative