Followers

Saturday, 12 July 2008

~ Tension !!!! ~

Tajuk dah membayangkan yang tuan blog ni tengah tension. Maka, korang kena tahan mata untuk membaca. Tak tau cemana nak start cerita nie.

Hari Jumaat, I datang kerja macam biasa cuma minggu nie I dapat pakai baju kebaya since dah beberapa minggu tak dapat pakai baju kurung atau kebaya. Asyik ke site je kerjanya. Oleh disebabkan yang I pasti I tak akan ke site pada hari tersebut, maka, dengan senang hati la nak pakai baju kebaya.

Dalam kul 10.30pm, bos datang office. Tak semena jer die suruh I pergi site ngan Gloria. Kira-kiranya nie, 1st time la kami ke site tanpa dia. Dah la, sebelum nak ke site tuh nak kena siapkan detail drawing client yang kami bakal jumpa tuh. Boleh la pulak, black out satu Damansara Perdana tetiba. Hampeh!!! Harus la tension kan. Client tuh peduli aper ngan alasan black out, sebab dia dah bayar berpuluh ribu dah as deposit. Kata nak suruh siap awal, nak tak nak kena settlekan jugak details drawing tuh.

Dengan berkebaya ke site dan heel. Boleh bayangkan tak? Tak kan nak pakai sport shoes dengan kebaya. Sangat tak sesuai... Nasib la, kat site tak ramai pekerja kontrak. Tapi, sekejap jer kat site. Sebab nak amik ukuran plug2 dan benda-benda yg berkaitan dengan electricity. Sangat la complicated. Mak cik tak paham lagik details nie. :(

Selepas dah siap sesi mengukur. Kami berdua ke office client. Bincang la pasal details drawings tu. Yang tak tahan tuh, diorang duk cakap chinese jer. Sangat kecewa, malas nak kata apa kan. Janji si Gloria paham apa nak buat. Kang balik office boss tanya, dua-dua tak tau nak jawab. Harus la tak naik gaji nanti. Cara boss tuh, cam nak naikkan gaji kami. Tapi, ntah la....

Dah habis berbincang, I pun dengan sangat excited nya nak balik la kan. Jauh nun di Cheras nak balik ke Damansara Perdana. Huhhh, kul 5pm dari Cheras dan tepat 5.45pm sampai kat office. Pecut la jugak sebabnya asyik masuk highway. Pergi balik ke Cheras, kena bayar tol sebanyak RM12 okeyh... Nasib boleh claim. Pulun nak balik office tuh yang tak leh blah. Iskh, silap betul la.

Dah sampai office, nak naik tangga la kan. Boleh tak ada anjing besar duk tidur kat tangga? Owh, sangat menakutkan. Si Gloria yang Chinese pun takut. Apatah lagi I nie yang sememangnya takut bila nampak anjing. Terkejut melihatkan anjing tuh, I pun termenjerit la kan. Tak la kuat mana pun, slow jer. Sambil menjerit tuh sambil berlari masuk kedai makan. Boleh tak? Diorang tengok jer la, asal la ngan minah nie duk jerit2? Ada sorang bro nie duk meng'mop lantai kedai tuh pun pelik. Then, I just explained yang ada anjing. Pastuh diorg bgtau yang anjing tuh dah blah. I pun dengan gigihnya berlari naik melalui tangga tue. Tak perasan apa2 pun masa tuh. Elok jer masuk dalam office, kain kat bahagian bawah tuh basah. Terkena kat buku lali. Owh, apa lagik. Memang la terbayangkan air kencing anjing ker? Suruh la si Gloria tuh check kat tangga betul tak ada air kencing anjing tuh. Sahih tak dek. Gloria confident kan I yang basah tuh disebabkan air lantai yang bro kat kedai makan tuh tgh mop. Logik jugak.

Tapi masa kami nak balik, tetiber jer kat penghujung tangga ada air warna ala-ala merah tak merah sangat la. Dalam dua tiga titik. I mula confuse la kan. Adakah air tuh datangnya dari anjing tadi? Huhuhuhu..... Yang confident tadi terus drop to -0. Mula la terbayangkan macam-macam. Tak confident sangat dan segala kemusykilan mula terbit kat kepala otak nie. Owh, harus la nak kena samak kan? Najis mughallazah pulak tuh. Mana nak dapat tanah yang suci? Tanah yang macam mana? Semuanya membuatkan I jadik tertekan. Nie la akibatnya gigih sangat nak balik ke office dan pakai baju kebaya. Patut la pagi tadi macam liat jer nak iron baju tuh. Berduka lara jer skang nie. Huhuhuhu.... Masa tengah type nie I tak samak lagik okeyh. Malam-malam buta, mana nak carik tanah bagai....

Sesiapa yang membaca nie, kalau kalian arif mengenai hal-hal seumpama ini sila la tolong bagi pendapat anda kat komen box. Sangat la jahil, pernah buat amali samak nie masa form 3 dulu. Masa tue kami guna tanah ala2 cam jenis tanah kelikir kot. So, mana nak carik tanah cam tuh kat sini?


p/s : I benci ngan anjing tuh. Anjing tuh memang suka berkeliaran kat Damansara Perdana nie. siap ko anjing, aku kasi racun nanti. huhhhh..... *sigh*

20 comments:

ak_0143 said...

mmm tatau sangat la plak..
selama idop ni penah skali je kena samak... tu pon sebab kene kejar anjing!
tapi masa tuh amik tanah dekat umah je... tapi korek dalam2... so kira suci gak la..
tapi better ask orang yang lagi tau... k

Lily.Lulu. said...

lahai .. siannya dia ..
macam2 berlaku yeh ..
itu ini itu ini ...

amy damansara perdana dekat area2 citibank tuh sume ke .. ?

cikgooden said...

lastik ada jual kat kedai..beli satu spare lam beg..sekali jumpa anjing...bagi sedas..

salam ziarah..ahakssss

Pocket said...

actually tanah tu mana mana tanah pun boleh, tanah merah, tanah itam t u ker... asalkan tanah,
kalau ado access nak gi ke padang skolah nyer lopak air pun kira ok kot.
jangan tanah real estate la kut hehehe... (Lawak tu)

pasal nak racun anjing tu pulak, try jer taruk racun tikus sebagai inti kepada daging mentah yg agak agak busuk sket. gi ngan keter... kasi la kat anjing tu... jangan letak gitu jer..kang ado makhluk lain plak yg kena eheh!!:)

~ mizzAmy ~ said...

~ to AK_0143 :
good idea my dear. korek dalam2 kan? confirm la tak dek kaitan ngan najis2 especially nya najis anjing yg macam siot tuh.


to LILY.LULU :
tue la, macam2 hal. huhh... *sigh*

ha'ah dekat2 area citibank tuh. cuma office amy dekat ngan Public Mutual. kena ke depan lagik la.


to CIKGOODEN :
tak nak la. kang kena kejar sambil dier menyalak-nyalak. lagik la cuak okeyh... huhuhu...


to POCKET :
owh, mana2 tanah jer ker? my mum pun cakap camtuh jugak. tak kisah la asalkan tanah. nak mencali gali nie yg susah nya nie. :(

hehehehe... amy dah terpikir dah nak beli racun tikus. tapi, berkesan ker? memang tak dek makhluk lain dah selain dari anjing gila tuh yg duk berkeliaran kat tangga Perdana Bussiness Centre. *sigh* ~

diya said...

alahai. bukak2 blog akk, terus tajuknya tension. huhu. sian akk. bab2 samak ni, diya tak berani nak suggest jgk. sbb tak penah kena lg... erm..

p/s-byknya entries akk. huhu. sori kak, tak smpat nak komen sume. tapi, insya Allah, ada ms diya baca. akk dh tuka layout... nice :)

alone said...

huhu. kesian betul. xpe. sabar jela.

(kalau xsilap sy)
amik tanah, letakkan kat tempat terkena najis dan bersihkan najis tersebut menggunakan tanah tadi. buat 6 kali n then basuh dengan air biasa.

kalau salah, maaf.

huhu. anjing. no comment.

yOnnA said...

eheh..
try ask ur parents..
x pun try cari dalam internet cara2 nk samak :)
yonna pun ingat2 lupe eheh..

*jahil gak ni*
ahaha

~ mizzAmy ~ said...

~ to DIYA :
tue la kan. asyik tension jer keje akak nie. tapi kali nie, betul2 wat akak stress.

gediks tak layout nie? ahaks...


to ALONE :
yang akak tau pulak, kena carik tanah then campurkan dengan air. basuhkan kat tempat yg terkena najis tuh. yang nie sekali jer. then, basuh pulak ngan air yang bersih sebanyak 6 kali. tue yang akak tau la. my mum also told me the same thing.

huhuhu, mana satu nie? adoi...


to YONNA :
dah bertanya dah kat parents. akak tengah pulun nak carik tanah nie. tak pun nak cuba dptkan sabun yg ada ingredients tanah. yg tuh pun dikira boleh digunakan untuk samak. ~

en_me said...

tak sian kat anjing tuh kener racun ker nanti.. ammvoiii

~ mizzAmy ~ said...

~ to EN_ME :
ada sebab okeyh kenapa nak racun kan dier. memang i nekad habis nie. RAHSIA tau korang? dikira pembunuh ker ekh? :( ~

meo188 said...

tak payah racun. susah. baling batu je kat anjing tu. hukuman rejam.

Hana-Ni-Mo-Nai2 said...

hmmm.....
asalkan air tanah kan amy
ehehehe'byk dh lupa
watyashi ngan anjing ni kurang ketakutan skit
melainkan anjing polis yg tinggi giler tu

~ mizzAmy ~ said...

~ to MEO188 :
hukuman rejam? yer ker? tak jadik la camtuh. tak nak la baling2 batu kat dier. nanti dier kejar sambil menyalak. lagik la wat sakit hati nanti.


to HANA-NI-MO-NAI :
ha'ah, air bercampur tanah.

watashi tak takut anjing? huhuhuhu, amy kalo nampak anjing debaran di dada tuh dah lain macam dah. drpd elok anjing tuh tak perasan amy, boleh la plak dier perasan amy ada kat situ. senggal!! ~

Syam said...

sya tak pernah kena kes sebegitu...

cheers,

syam @ http://aeropama.com

Yatie said...

selalunya mmg camtuh amy .. mmg akan ada satu hari dalam hidup kita, drpd pagi sampai malam mesti ada benda yg tak kena aje .. bad day betul rasanya .. apa2 pun byk2 kan bersabar ok .. :)

puterikurekure said...

ala...ciannye.........
meh sini kite babab anjing tu semua...

~ mizzAmy ~ said...

~ to SYAM :
nie la kali pertama kena. so, cam nak remind balik aper yg pernah diajar dulu oleh ustazah. :)


to KAK YATIE :
ha'ah kan? mesti dari pagi sampai ke petang ada jer yg tak kena. huhuhu... tgh bersabar la nie dengan anjing bodoh tuh. :(


to PUTERIKUREKURE :
tembak jer anjing tue biar dier mampus. masa kecik tak nak mampus terus, dah besar2 nie nyusahkan org plak. hehehehe... ~

MiSsZuE said...

alahai..mmng kes tensen neh hikhik...

nk amgine kan..klu u pakai kebaye ngn kasut sport ar..heheh...nice2..

~ mizzAmy ~ said...

~ to MISSZUE :
pakai sport shoes ngan berkebaya? tak comel la zue. :P ~

Google Analytics Alternative