Followers

Monday, 9 November 2009

~ Sabtu For CL ~

Hello peeps!!!


Hari Sabtu adalah seperti biasa lah. Time untuk MA menghabiskan masa untuk ColorLicious. So, lepas MA keluar dari ofis jam 1pm, MA terus pergi mencari baju-baju untuk colorLicious. Dan kali ni, MA tambah stock untuk dress lagi. MA pantang nampak dress, mesti MA nak beli. Tak tau lah kenapa.

Lepas dah balik dari shopping untuk CL. MA terus lah balik rumah. Dah sampai rumah, lepak depan tv sambil makan laksa, boleh pulak ribut bagai nak runtuh je flat MA tuh. MA thought KL je yang ribut rupanya kat Penang nunn pun ribut jugak. MA tak sure lah tempat lain ribut ke tidak.

Lepas makan-makan, MA meneruskan kerja MA iaitu meng'iron' baju-baju yang telah dibeli. Sesi iron ni memang MA paling malasssssss sekali. Tapi MA gagahkan jua. Kalau malas, satu kerja pun tak jalan kan? Then, after iron, MA memulakan sesi snap-snap piccas. MA just guna handphone camera je. MA tak mampu lagi nak beli camera besar-besar. Next year lah, if ada rezeki lebih.

Lepas dah snappy sana-sini, MA transfer the file to computer. Sesi editing pun bermula. MA bukan edit bersungguh pun, edit kasi hilang background je. MA tak suka tengok background dinding or background halaman rumah. Pada MA, MA nak jual baju. So, biar highlight kat baju sahaja. No background or no people face. Nanti, orang usha tengok muka pulak. Lagipun, MA tak guna manusia as model. MA guna patung je. Lagi senang je keje MA. Yer la, nak cari model pun satu hal kan? MA confirm tak leh jadi model. Size baju MA semuanya XS-S je. Gilo lah kan nak pakai size M-L, jadi gelebeh pulak nanti.

Sesi editing yang paling leceh. MA ni sangat tekun bila crop gambar. Sampai photographer pun nak upah MA buat freelance crop-meng'crop'. Hahahahaha.... Sorry lah bai, MA nak crop yang CL pun MA dah mengamuk-ngamuk sebab CS4 tuh agak leceh. Inikan pula nak buat freelance.

So, selesai crop gambar. MA mula type sikit dua kat blog shop MA di colorLicious. Nak tau tak MA tidur kul berapa hari Sabtu hari tuh? Kul 3am baru MA dapat rehatkan badan MA. Padahal hari Sabtu dah tentu untuk berehat tapi MA tak punya waktu pun untuk MA berehat. Berbaloi ke tak? Itu adalah urusan Allah S.W.T., sebabnya Allah suka dengan hambanya yang suka berusaha. Rezeki tu kan ada di mana-mana. Mungkin bukan sekarang, but who knows di masa depan kan?


Itu lah hasilnya. Tapi if nak tengok yang lain sila ke ColorLicious yer. ;)


Esok paginya, kul 6.45am dah bangun. See, tido lambat pun still awal gak bangun. Subuh lah weyh, mestilah bangun. Hehehehe... Entri ini ada sambungannya iaitu aktiviti di hari Ahad pula. :P


p/s : nanti CL nak join another flea market, kali ni di The Curve. Hope kawan-kawan MA ada yang datang bagi support. ;)

8 comments:

farah aminuddin said...

tulah. sy tengok akak punye editing untuk gmbr baju2 kat Colorlicious tu mmg kemas la. mende tu dahla leceh nk buat.

cHeRyNa PiReS said...

sha suka tgk colourlicios punya blog. senang nak tgk detail baju (malangnya sha sangat tidak muat baju2 yang sha suka kat tang dada tuh!)

kalau kemas, senang nak tgk baju. tp kalau imej skin sarat...mmg leceh. good job amy!

Jard The Great said...

hehe.. sungguh2 amy carik rezeki lain ek.. bagus.. bagus..

nURmALa mAZLan said...

Ada x baju saiz XL..wakakakaka~

zLa said...

waaa...gigih! bagus..bagus...
tula yang diperlukan utk berjaya, tak kira apa pun yang kita buat. janji usaha yang gigih. insyaallah.

Sekian saja penerapan nilai murni hari ni..:D

Nem0 o0h Nem0 said...

benda tu (crop) yg plg leceh nak wat tapi kamu berjy buat kn,nmpk kemas dow... i like!

Redbloodsnow said...

lepas tunang nnti...zie nk rembat sehelai baju kat CL amy nih. ade ternampak yg berkenan di hati taw


:P

meo188 said...

rajin mcm cinderella. usaha itu 1 doa. :)

Google Analytics Alternative